Gambar hiasanKisah Derhaka Lelaki Belikan Ibu Daging Babi Untuk Berbuka Puasa
Ramadhan | Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah
benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya disebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang
pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai
waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan , dia meraung setiap hari
bagaikan orang diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu
dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM
Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat
hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.
Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan
berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka
puasa,lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang
kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan
perasaan marah kepada si ibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar
dengan hatiyang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak.
Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi.
Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,
"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?", Ustaz menggeleng kepala tanda
dia tidak tahu. "Daging apa ? " tanya ustaz kembali. "Saya beli daging
babi ustaz!, saya berdosa Ustaz", jawab pemuda itu.Ustaz tergaman
tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita.Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan
saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan
lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor
lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang
disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi,
ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas
meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap
kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu
tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan
daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya
ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari
mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi
ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja
sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup
memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi
bahawa malaikat berdoa, laknat Allah ke atas mereka yang yang
mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu
bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh
orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka
sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran
kepada kita yang masih hidup ini.
No comments:
Post a Comment