Fatwa pembatalan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Dr.Muhammad Mursi:
1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang AhliJawatankuasa
Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama
Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara
Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan
Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang
sama rata bagi non-muslim.
2. Beliau menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi merupakan presiden yang
sah kerana dipilih melalui pilihanraya. Adalah tidak wajar bagi rakyat
mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan
rampasan kuasa ditolak menurut syarak.
3. Konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan
ideologi, tetapi realiti yang berlaku kiniialah pertembungan akidah
antara tamadun Islam-Arab mesir dengan para pendukung sekular dan
anti-Islam.
4. Tambah beliau: "Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap
penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara
demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi
bantahan yang diharuskan oleh Islam.
5. Beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi
mempertahankan syariat di seluruh Mesir, Tahrir dan menewaskan
kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk
satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.
6. Di akhir ucapan, beliau menyatakan: "Antara prinsip tertinggi dalam
Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan
keganasan. Beliau menggalakkan pembangkang agar menggunakan konsep
pembinaan bukannya kehancuran kerana Islam mementingkan prinsip
menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.
No comments:
Post a Comment