Kota Bharu: Penyokong The Red Wariors (TRW) menganggap tindakan
penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha membuang
pingat Piala FA ke dalam tong sampah sebelum memasuki bilik perlawanan
Sabtu lalu, sebagai biadap dan kurang ajar.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Rasmi Kelantan (KPBRK), Rozamri
Mohd Ali, berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan
Norshahrul Idlan atau Mat Yo selaku pemain kebangsaan dan profesional.
Rozamri berkata, tindakannya itu juga dianggap tidak menghargai pingat
yang dikalungkan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz
Petra.
Sebagai pemain profesional, Mat Yo sepatutnya menunjukkan contoh yang
baik kepada pemain lain dan perlu menerima keputusan biarpun
pasukannya tidak berjaya menjulang Piala FA, katanya ketika dihubungi
semalam.BH Sukan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak
membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik
persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final
Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Sementara itu, Timbalan Kelate.net, Mahizi Mahmood pula menganggap
dendam terhadap TRW yang ada dalam diri Mat Yo menjadi punca utama
pemain yang menerima anugerah paling bernilai tiga tahun
berturut-turut itu bertindak membuang pingat berkenaan.
"Mungkin ada sesuatu yang tersimpan dalam hati Mat Yo terhadap TRW dan
selepas kekecewaan gagal menjulang Piala FA menyebabkan dia tidak
dapat mengawal emosi.
No comments:
Post a Comment