ROCK BAND LINKIN PARK LIVING THINGS WORLD
TOUR LIVE IN KUALA LUMPUR 2013. Memang
teruja sangat sebab konsert akan berlangsung pada 10 Syawal atau awal
sebelum tu,tapi saya rasa tak salah kalau nak berhibur pada waktu
itu,lagipun bukan mudah nak menyaksikan band yang diminati datang di
Malaysia kan ? Sidang media akan dibuat bersempena dengan pengunguman
pada tempoh yang terdekat kelak dan kosert tersebut ditaja oleh
Wonderland+.
Band yang popular dengan lagu "Breaking The
Habit" itu akan mengadakan konsert jelajah dunia
di Kuala Lumpur bertempat di Stadium Nasional
Bukit Jalil pada hari Isnin 19 August 2013 pada jam
8 malam,apa tunggu lagi ? Apa yang lagi bertuah,
Malaysia adalah di antara negara Asia yang terpilih
sebagai salah satu lokasi konsert di Asia Tenggara.
Malah, Thailand,Indonesia, dan Singapura juga
tidak dipilih sebagai lokasi persinggahan mereka
kerana kesuntukan masa penjelajahan tersebut.
Kepada peminat Linkin Park, anda boleh
mendapatkan tiket Konsert Live Linkin Park 2013 di
www.ticketcharge.com.my atau hubungi ke talian
(+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus dengan harga
tiket: Kategori
tempat duduk bebas, RM95, RM195 dan RM295.
Kategori tempat berdiri bebas, RM350 (Zon
Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit)
dan RM680 (VIP). Anda juga boleh mendapat
diskaun sebanyak 10% jika anda membeli tiket
Konsert mereka lebih awal, sepanjang tempoh pra
jualan bermula 21 hingga 30 Jun depan.
No comments:
Post a Comment