KULIM – Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah
kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan
hubungan sekssejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah
melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.
Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman
lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.
"Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya
ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu
ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka
bagaimanapun semuanya tipu.
"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali
melakukan hubungan seks," katanya yang membuat pengakuan berkenaan
kepada Sinar Harian.
Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan
di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah
Balai Polis Kulim.
Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16
tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki
masing-masing.
Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki
dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.
Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana
berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa
mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata,
tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan
remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur
jenayah atau menjadi mangsa rogol.
Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah
merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.
Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama
suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.
"Ada kalangan mangsa menyatakan merekasanggup lakukan hubungan seks
setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka.
Bagaimanapunjanji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak
kesampaian.
"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks
setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau
melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.
Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan
remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan
hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.
Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada
teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks
dengan mana-mana gadis bawah umur.
Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes
itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol
dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan
penjara dengan tempoh yang lama.
-SH
No comments:
Post a Comment