Mustafa Kamal Ataturk : Matinya Dalam Hina..
Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum
– hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK ?
Benar....Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang
bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak
sekian lama.
Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam
yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat
Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka
berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian inimeninggakan luka yang
amat dalam pada diri umat Islam..
Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusirmeninggalkan
pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut
hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh
La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.
Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada
pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya
kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri
si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..
Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi).
Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang
bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H
(1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar
salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan
Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai
pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri
Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk
oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di
sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika
itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalambidang matematik
lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah
Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi
Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M),
beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan
ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah
ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah
Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana
tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan
segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia
telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama
Islam, antaranya ialah :
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau
rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turkisendiri diubah
dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab
kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan
> tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab'Kamal Atartuk
adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang
diberikan oleh askar itu.
Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada
beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan
dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulanais
di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.
Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau
menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana
tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab
telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot
dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar,
panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan
selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi
beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun
yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan
beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi
balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila
mayatnya hendak ditanam,tanah tidak menerimanya (tak dapat nak
bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagidan dimasukkan ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar)
selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak
ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak
menerimanya.
Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula
ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44
tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan,
ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa
jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal
Atartuk.
Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang
menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang
ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang
selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH.
No comments:
Post a Comment