SEREMBAN – Seorang bakal ibu Siti Mariana Abdullah, 24, yang akan
melahirkan anak sulung dalam tempoh empat bulan lagi, merayu kepada
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI) Negeri Sembilan agar beliau
dibenarkan keluar dari agama Islam. Nama asal beliau ialah N Santhi
ketika beragama Hindu.Beliau menceritakan kronologi di sidang akhbar
yang diatur oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang, P
Gunasekaran (DAP). Siti Mariana menceritakan bagaimana keretakan dan
kerenggangan hubungan antara ibubapa menyebabkan ibubapanya berpisah
di mana ibu Siti Mariana telah meninggalkan bapa beliau dan berkahwin
dengan seorang lelaki Islam sepuluh tahun lepas.
"Ketika itu saya berumur 14 tahun dan saya dibawa bersama mengikut
ibu. Bapa kandung pula patah hati dan selepas lebih kurang dua tahun,
bapa kandung saya meninggal dunia.
"Ketika berumur 15 tahun saya diislamkan secara paksa dan tanpa
kerelaan hati. Saya hanya bersama ibu dan bapa tiri untuk tempoh yang
singkat iaitu lebih kurang dua tahun dan saya kemudiannya keluar rumah
meninggalkan ibu bapa tersebut.
"Saya mempunyai tujuh adik beradik iaitu empat perempuan dan tiga
lelaki termasuk saya. Kesemua adik beradik saya beragama Hindu kecuali
saya. Adat dan budaya.
"Setelah mengenali P Praganathan, 38, yang beragama Hindu dan dengan
persetujuan pihak keluarga lelaki dan mengikut adat dan kebudayaan
Hindu saya berkahwin dengannya lima tahun lepas.
"Saya kemudiannya menjalani kehidupan sepenuhnya sebagai wanita Hindu
dengan mengikut tatacara dan kebudayaan Hindu baik dari segi pakaian,
sembahyang di kuil Hindu, memasak dan memakan makanan yang tidak
halal, mengikat 'thali' di leher dan sebagainya seperti wanita Hindu
yang lain.
"Suami saya dan keluarga ibubapa mertua saya adalah golongan yang
berpegang kuat dalam amalan Hindu dan memiliki kuil sendiri di rumah.
"Saya benar-benar meminati agama Hindu dan ingin meneruskan kehidupan
sebagai seorang wanita Hindu dan mengamalkan agama Hindu secara
sukarela dan saya tidak mahu mengamalkan agama Islam yang bukan
menjadi pilihan saya.
"Justeru itu saya memohon agar JHEAI mempertimbangkan permohonan
pengistiharan keluar dari agama Islam," kata Siti Mariana.
Siti Marianajuga mendakwa bahawa beliau kini berada dalam keadaan
tertekan. Setelah disahkan mengandung, seorang doktor di Klinik
Kesihatan Senawang memberitahu anak yang bakal beliau lahirkan nanti
akan diambil oleh JHEAI kerana beliau mengamalkan agama Hindu.
Suaminya pula memang seorang penganut agama Hindu. "Malah nama suami
saya juga telah dipotong dalam buku 'Rekod Kesihatan Ibu," jelas Siti
Mariana. Sementara itu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang
turut hadir di dalam sidang akhbar itu berkata kerajaan harus tangani
masalah ini dengan segera kerana ramai yang mengalami nasib yang
serupa seperti dialami oleh Siti Mariana. "Persetujuan menukar agama
perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibubapa, barulah ianya pragmatik
dan praktikal. Kedua, penukaran agama dalam kes ini membabitkan gadis
yang berusia 16 tahun ketika itu. "Saya sendiri ada kendalikan
sekurang-kurangnya lima kes seperti ini di Ipoh," kata Kulasegaran
yang juga merupakan seorang peguam. Turut hadir ialah tiga Adun DAP,
Cha Kee Chin (Bukit Kepayang), Ng Chin Tsai (Temiang) dan J Arulkumar
(Nilai). -FMT
No comments:
Post a Comment