Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kisah mengenai gambar
intim model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang
jejaka sewaktu di sebuah konsert sempena sambutan malam tahun baru
yang lalu, masih hangat diperkata ramai. Bertebaran gosip mendakwa
jejaka itu adalah Nur Iman Tang (Iman Tang) lelaki yang pernah
dikaitkan dengan selebriti jelita ini, satu ketika dulu.
Bertemu dengan Nasha pada majlis pertunjukkan fesyen sempena
pelancaran perisa terbaru ais-krim Magnum, Malaysian digest.com
berkesempatan bertanyakan kepada empunya badan mengenai sejauh mana
kebenaran dakwaan cintanya bersamalelaki itu kini kembali bertaut.
"Oh, tentang gambar itu, sudah lama. Kebetulan diaada terlibat dengan
konsert itu. Saya pula suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama.
"Antara kami tidak pernah ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal
saya kembali semula pada dia dan sebagainya. Perhubungan kami adalah
sebagai teman rapat. Kawan adalah kawan.
Saya mempunyai ramai kawan
dan dia salah seorang teman rapat saya" katanya Nasha Aziz.
Manakala mengulas pula tentang aksi mereka sewaktu di konsert tersebut
yang dilihat cukup mesra bagaikan pasangan kekasih, kata pelakon yang
pernah membintangi filem Laila Isabella ini,
"Tentang itu ? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi
saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya" ujarnya.
Nasha juga mengakui dia kini masih solo dan seorang yang cukup memilih
baik soal percintaan mahupun hal-hal yang berkaitan dengan kariernya.
"Saya masih solo. Memang saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip
saya seajk dari dulu. Kalau nak kata 'mr. right now' memang banyak…
Tapi kalau 'mr. right forever' setakat ini saya belum jumpa lagi"
katanya dengan nada bergurau.
- MD
No comments:
Post a Comment