Mencegah beranak hukumnya haram melainkan dengan sebab-sebab yang
diharuskan. Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia kali ke 12 yang bersidang pada 20 Feb 1977
membincangkan Rancangan Keluarga.
Persidangan memutuskan bahawa Rancangan Keluarga mengandungi tiga
bahagian iaitu memandulkan lelaki atau perempuan hukumnya adalah
haram.
Mencegah beranak atau mengehadkan bilangan anak hukumnya adalah haram
melainkan dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang
perempuan menyusun keluarga dari segi kesihatan,pelarasan dan
kebahagiaan keluarga dengan cara yang disebutkan tadi adalah harus.
Manakala bagi lelaki pula.....hampehnye.....baca lah....
Lelaki Islam yang makan pil perancang dengan niat
menjadi wanita adalah haram dan berdosa besar,
kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan itu umpama menyesali
diri yang dilahirkan lelaki serta tidak bersyukur
dengan anugerah Allah SWT.
"Berniat untuk menjadi wanita pun sudah berdosa
apatah lagi memakan pil-pil yang boleh
memudaratkan kesihatan seperti menyebabkan
'mati pucuk' dan mengancam nyawa.
Perbuatan itu haram hukumnya dan termasuk
dalam tujuh dosa besar.
"Seperti firman Allah SWT yang bermaksud 'Jangan
kamu mendedahkan diri kamu kepada
kebinasaan'," katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau mengulas Laporan Khas Utusan
Malaysia semalam yang menyiarkan
kecenderungan lelaki lembut dan 'mak nyah'
makan pil-pil perancang untuk wanita.
Golongan tersebut beranggapan, amalan itu boleh
merubah tubuh mereka seperti kaum hawa, payu
dara membesar umpama gadis, kulit yang kasar
menjadi halus dan gebu, suara parau bertukar
merdu serta lunak.
Selain itu, mereka mahu otot-otot sasa pada
badan pula hilang lalu bertukar menjadi seksi.
Trend mengambil pil perancang sebagai alternatif
'bajet murah' untuk menjadi 'wanita' ini dikatakan
sudah menjadi amalan golongan tersebut sejak
lima tahun lalu.
Mengulas lanjut, Harussani berkata, golongan itu
perlu segera bertaubat dengan meminta
keampunan daripada Allah SWT.
"Jangan meneruskan kehidupan yang dimurkai
Allah dan bertentangan dengan masyarakat.
"Hiduplah secara normal dan balik kepada
masyarakat. Tiada masyarakat yang menolak
golongan 'mak nyah' yang kembali menjalani
kehidupan sebagai lelaki normal," ujarnya.
Beliau berkata, jika golongan tersebut berjaya
menukar rupa seperti 'wanita' melalui
pembedahan jantina atau sebagainya apabila mati
tetap dikebumikan sebagai lelaki.
"Walaupun mereka (mak nyah) telah membuang
atau menukar kemaluannya melalui pembedahan,
apabila meninggal dunia mereka tetap akan
dikebumikan sebagai lelaki," katanya.
Menurut Harussani, beliau sendiri pernah
mengadakan dialog secara terbuka dengan 'mak
nyah' sekitar awal 1980-an sambil menyeru mereka
kembali kehidupan normal.
"Dalam dialog itu ada 'mak nyah' yang marah
dengan saya kerana menganggap saya tidak
memahami naluri mereka.
"Hukum tetap hukum. Menderhaka kepada Allah
tetap berdosa," tegasnya.
Sementara itu, Harussani juga mengingatkan ahli-
ahli farmasi Islam yang sengaja menjual pil-pil
perancang kepada lelaki yang berniat untuk
menjadi wanita turut menanggung dosa yang
sama.
"Jika mereka (ahli-ahli farmasi) tahu niat lelaki
tersebut, mereka juga turut berdosa besar.
"Perbuatan itu seperti bersubahat dengan
golongan tersebut," ujarnya.
-Utusan
No comments:
Post a Comment