KUALA LUMPUR – Gegaran dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor
dan Melaka berikutan satu gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala
Richter di
Sumatera Utara, Indonesia pada 3.37 petang ini.
Jabatan Meterologi dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di
65km Barat Daya dari Lhokseumawe, Indonesia dan 385km Barat Daya dari
Balik Pulau, Pulau Pinang.Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan.
Di Pulau Pinang, lebih 100 orang yang berada di Kompleks Tun Abdul
Razak (Komtar) keluar dari bangunan itu setelah merasai gegaran
bangunan
setinggi 65 tingkat itu.Seorang saksi, Nurul Amarlina
Mohamad Adam Yap, 25, berkata beliau terasa pening selama beberapa
minit dan tidak menyangka ia adalah kerana gegaran bumi.
"Saya ingat saya yang pening, kemudiannya ramai yang terasa juga dan
baru kami sedar berlaku gempa
bumi," katanya di sini.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Jalan Perak ketika dihubungi
berkata pihaknya menerima banyak panggilan mengenai gegaran itu dan
mengesahkan ianya adalah akibat gempa bumi di Sumatera Utara.
"Bagaimanapun tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan
setakat ini bomba tidak menerima sebarang panggilan kecemasan," kata
beliau. – Bernama
No comments:
Post a Comment