SIBU – Penduduk Sibu digemparkan dengan kes bunuh apabila seorang
lelaki dipercayai bertindak membunuh isteri dan dua anaknya disyaki
menggunakan gas beracun di kediaman mereka di Lorong 1B, Pulau Li
Hua, semalam.
Suspek yang melarikan diri selepas kejadian berjaya ditangkap polis di
Bintulu, malam tadi.
Anak lelaki sulung suspek, Tiang Soon Thai, 17, yang terselamat dalam
kejadian itu dipercayai ada terhidu bau gas beracun ketika terjaga
pada kira-kirajam 6 pagi.
Difahamkan, gas beracun disalurkan ke dalam bilik menggunakan dua paip
yang disambungkan kepada silinder gas yang diletakkan di luar rumah.
Soon Thai terjaga buat kali kedua pada jam 10 pagi ketika ayahnya yang
berusia 43 tahun mengacu batang buluh ke arah lehernya dipercayai
dengan niat untuk membunuhnya.
Mangsa turut dipukul oleh ayahnya menyebabkan dia mengalami kecederaan
di tengkuk dan telinga kanannya.
Ibu dan adik lelaki mangsa yang berusia dua tahun dijumpai terbaring
tidak bernyawa di tepi tilam sementara adik perempuannya, 14,
terbaring di atastilam.
Soon Thai berjaya menyelamatkan diri setelah bertindak melompat dari
tingkat atas rumah menerusi balkoni sambil dikejar oleh ayahnya.
Mangsa berjaya diselamatkan oleh jiran yang tinggalbertentangan rumah
mereka yang kemudiannya mengunci pintu pagar setelah dimaklumkan
mengenai kejadian pembunuhan itu.
Jiran mangsa turut menghubungi pihak polis untuk menahan suspek.
Selepas 10 minit berdiri di hadapan pintu pagar rumah mereka, suspek
bertindak melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat
roda.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail yang mengesahkan kejadian
itu mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
Suspek yang merupakan kontraktor membersihkan ladang kelapa sawit
telah membawa ahli keluarganya keluar makan malam pada malam sebelum
kejadian.
Sekembalinya ke rumah, suspek dipercayai memaksa ahli keluarganya ke
dalam sebuah bilik sebelum memberi pil yang dipercayai pil tidur bagi
membuatkan mereka tertidur.
"Pihak polis masih menyiasat sama ada suspek cubamemberi pil sebelum
melakukan pembunuhan. Polis juga menyiasat sama ada suspek membunuh
ahli keluarga di bilik dipenuhi gas beracun," ujar Shafie.
Polis telah mengenal pasti mangsa sebagai Ling Yung Ming, 40, anak
perempuannya Christine Tiang Soon Ai, 14, dan anak lelakinya Victor
Tiang Soon Heng, 2.
Ling Yung Ming merupakan kakak kepada Ling Ting Hock yang dibunuh
bersama tiga lagi ahli keluarganya oleh seorang remaja berusia 17
tahun di kediaman mereka di Jalan RTM pada 3 Januari 2012. –Borneo
Post
No comments:
Post a Comment