[TERKINI DI MESIR] Tentera Mesir Menutup Laluan Bekalan Makanan Ke
GAZA |Langkah Pertama Setelah Mursi Digulingkan| RAFAH - PALESTIN -
Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim
Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali
berulang.
Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir
mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan
merobohkan terowong yang menghubungkan laluanantara Mesir dan Genting
Gaza.
Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera
Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera
sebagai perisai.
Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun
hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku.
Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak
kelmarin di kawasan berkenaan.
"Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang
ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir,"
katanya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mulai bimbang apabila
bekalan bahan bakar untuk penjanaan elektrik dan ambulans semakin
berkurangan.
"Kami khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan
bekalan bahan bakar sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu
kemasukan bahan bakar tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan Keselamatan Palestin pula dikatakan meningkatkan kawalan di
kawasan terowong berkenaan bagi menggelakkan kekecohan di Mesir
merebak ke negara itu.
Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada
penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.
Mursi sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya
yang jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi
bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak
permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.
Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki
sistem lama yangditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan
sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula
ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain.
Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok
penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu-satunya laluan yang ada
kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir.
-Sinar Harian
No comments:
Post a Comment