JOHOR BAHRU – Seorang kerabat diraja Johor dan dua rakannya dihukum
penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas
didapati
bersalah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang petinju
negara,Mei tahun lalu.
Hakim Zamri Bakar memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya
membuktikan kes prima facie terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah
Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd. Arif Husin, 36.
Dalam insiden pada 6 Mei 2012, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan
sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Muhammad Farkhan Haron,
25, di antara pukul 4.30 pagi hingga 7 pagi di Taman Molek dekat sini.
Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd. Jaafar mengendalikan
pendakwaan mengikut Seksyen 325
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan
denda jika sabit kesalahan.
-Kosmo
No comments:
Post a Comment