Terkini, Dr Morsi telah dijatuhkan dengan cara rampasan kuasa oleh
pihak tentera Mesir.
Tentera Mesir guling Presiden Morsi,Berita sedih untuk umat Islam di
seluruh dunia.
Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi pada lewat
semalam selepas ketegangan selama seminggu yang menggambarkan berjuta
orang membanjiri jalan raya bagi menuntut pemimpin dari parti Islam
itu meletakkan jawatan selepas setahun berkuasa.
Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan
Morsi Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi sambil disambut
sorakan dikalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya
selepas beberapa hari.
Sisi juga mengumumkan menggantung perlembagaan dan akan membuat
pilihan raya Presiden dalam tempoh terdekat - AFP.
Dilaporkan sekarang ini pihak berkuasa Mesir melakukan operasi
tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan
Muslimin, Salafi dan lain-lain.
Stesen televisyen milik Ikhwan Muslimin Misr25 Salafi,Rahmah dan
An-Nas ditutup langsung sejurus ucapan Ketua tentera Abdul Fatah
As-Sisi. Semua media pro-morsi telah ditutup.
Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Syria, Syiah, Saudi,
Iran.Mubarak dan golongan sekular. mereka semua mengucapkan tahniah
kepada rakyat mesir yang menentang morsi (president mesir) kerana
menentang pemimpin Islamyang melampau.
Lantas apakah nasib umat Islam di seluruh dunia khasnya di Syria.
Terbela kah mereka selepas ini ? Adakah kedutaan Syria akan kembali
dibuka di Kaherah ? Adakah pelarian Syria akan bebas menikmati
kehidupan sebelum ini yang dilayan sebagai tetamu bukan pelarian ?
Allah sayangkan orang seperti beliau....takkan islam hilang di dunia...Allahuakbar....Subhanallah....
ReplyDelete